Wednesday, 16 May 2012

NASI KERABU

Hari ni sy nk kongsi masak srunding  nsi krabu..huhuhu..walaupun sy bkn org kelate tp nk kongsi jgkla... insyaAllah..bolehla makn..sdpla jgk... (msk bakul angkat sndirila plk)


Nasi Bahan-bahan
Beras 
1 batang srai
kunyit srbuk sedikit

Serunding ikan
Bahan-bahannya

1/2 biji kpala(diparut)
5 biji bawang merah
8 biji lada hitam
5 batang serai(dimayang halus)
7-8 ekor ikan sardin(lagi banyak lagi sdap)-direbus dn diasingkan dgn tulangnya.
halia sehiris
gula melaka yang dihiris
gula pasir(secukup rase)
garam (scukup rase)

Cara-cara membuatnye

1. Kelapa parut digoreng tanpa minyak sehingga garing dan tutup api.
2. Tumbuk lada hitam, serai, bawang merah,halia dan ikan hingga lumat.
3.Kemudian,masukkan bahan-bahan yang ditumbuk tadi ke dalam kelapa yang telah digoreng tadi, mskkan garam,gula melaka dan gula pasir dan gaulkan hingga sekata.
4.Panaskan kembali dan goreng kembali sehingga sebati dan kering sedikit

Tumis
Bahan-bahannya

1/2 atau 1 biji kelapa (diambil santan pekatnye)
cili kering sedikit (diblander)
2 biji bawang merah(diblander)
garam(secukup rase)
gula (secukup rase)
1 batang serai (dititik)

Cara membuatnye

1. santan pkat dimasukkan ke dalam kuali
2. masukkan bahn2 yang dibalnder tadi
3. Mskkan serai yang dititik
4. garam dan gula secukp rase
5. Reneh sehingga pcah minyak

Solok lada
Bahan-bahan
5 batang cili hijau(yang dibuang biji)
sedikit kelapa parut
 isi ikan sardin yang direbus
 biji bawang merah
sehiris halia
garam
gula

Cara membuatnya
1. Tumbuk bawang dan halia hingga lumat
2. dan masukkan pula isi ikan sardin yang direbus hingga lumat
3. gaulkan bahan-bahan yang ditumbuk tadi bersama kelapa parut,garam dan gula secukup rase.
4. Sumbat bahan yang digaul tadi ke dalam cili yang telah dbuang ciliya tadi.
4. Masukkan cili hijau yang disumbt tadi ke dalam periuk dan masukkan santan kedalamnya. Reneh hingga santan agak kering.


Dah siap sume..bolehla di makan bersama taugeh,kacang panjang(dihiris), kubis(dihiris),ikan sardin yang disalut tpung,atau daging goreng... erm... yummy..yummy... 

No comments:

Post a Comment