Wednesday 16 May 2012

Caramel croissant pudding



Bahan-Bahan:

2-3ketul croissant bread 
1sudu tehvanilla essence/flavour 
200 ml susu 
125 ml double cream/ thickened cream 
2 biji telur 
1/2 cawan air 
100gm gula pasir
1 sudu teh butter


1. Panaskan oven ke suhu 200 degree celsius selama20 min.
2. Amik tin pembakar kek (bersaiz acuan pizza pan kecil) / loaf pan (bersaiz acuan roti buku) yg nipis dan sapukan butterpada seluruh permukaan dalam tin pembakar / loaf pan.

3.Carikkan croissant bread kepada ketulan2 yang besar ( 1 croissant carik 4-5)

4.Pukul sedikit kedua dua biji telur dan ketepikan.

5. Masukkan gula dan air ke dalam periuk. goyangkan periuk sedikit agar air dan gula dapat bercampur. Letak diatas api JANGAN KACAU BANCUHAN INI MENGGUNAKAN SEBARANG SUDU, SENDUK, DSB.( ini utk mengelakkan bancuhan anda menjadi 'crystalized')

6. Goyangkan periuk diatas api sehingga air terserap dan bancuhan menjadi menjadi caramel berwarna golden brown.

7. Matikan api dgn segera dan masukkan double cream/thickened cream dan kacaukan segera hingga sebati. ikuti pula dgn memasukkan susu dan kacau bancuhan.

8. Masukkan esen vanilla dan telur yg telah dipukul dan gaulkan semua hingga rata. tuangkan atas tin pembakar berisi croissant tadi dan bakar utk 20 minit pada suhu 200 darjah celcius.

9. Hidangkan segera selepas disejukkan sedikit.

No comments:

Post a Comment