Wednesday 16 May 2012

KERABU PUCUK PAKU

Bahan -bahan
1) Pucuk paku (3 ikat yg jual kat pasar tu)
2) kelapa (1/2 biji)
3) ikan sardin/ selayang 2 ekor(dibakar @ direbus)
4) bawang merah & bawang putih
5) satu suduteh lada hitam
6) bawang besar & cili padi dipotong tuk hiasan
7) limau nipis
8) gula & garam secukup rasa
9)klu nk lagi best letak budu sikit.

Cara- cara
1) pucuk paku di potong ikut suka asal senang nk makan, better potong guna tangan coz tuk elakkan yg tua, amik setakat mampu dipatahkan ngn tangan je.
2) panaskn air dlm periuk hingga mendidih kuantiti agak2 tenggelam pucuk2 paku kita tadi.dah mendidh tu masukkan pucuk paku masak dalam 3-5 minit, angkat & toskan biar dulu.
3) kelapa tadi diparut, elok guna kelapa yg agak muda,bahagia kepada3 bahagian.Sebahagian tu digoreng dijadikan kerisik.
4)Sebahagian lagi ditumbuk dengan bawang putih , merah, lada hitam danikan yg telah dibakar @ rebus tadi.
5) kemudian amik bahan2 yg kita tumbuk tadi tu gaulkan ngn pucuk paku & kerisik. Masukkan garam, gula & klu nk boh budu leh masuk sikit time ni.
6) pas tu kelapa yg sebahagian lagi tu perah amik santannye sikit je biar kerabu kita agak2 basah.santan tu masukkan dalam pucuk paku & bahan2 kita gaul tadi. klu nk simpan lama baik tay yah letak santan nanti cepat basi.
7) Dah tu hidanglatabur bawang & cili padi yg dipotong tu & perahkan sedikit limau nipis.
8) dah leh makan.

Nak lagi sedap masukkn udang , kerang @ perut lembu yang telah direbus.

No comments:

Post a Comment