Thursday, 17 May 2012

AYAM BAKAR SANTAN BEREMPAH


Bahan-Bahan:
1 ½ kg ayam
5 batang serai (dikisar)
30 gm bawang merah (dikisar)
10 gm bawang putih (dikisar)
4 cm halia (dikisar)
5 biji buah keras (dikisar)
3 biji cili merah yang besar (dikisar) 4 biji limau kasturi (diperah jusnya)
50 gm santan pekat
4 cm kunyit hidup (dikisar)
1 helai daun pisang yang besar & panjang
10 gm gula
Garam secukup rasa
Serbuk perasa secukup rasa

Cara:
Ayam dibelah 2 kemudian dibersihkan & dikelar. Gaulkan dengan semua bahan yang telah dikisar halus juga jus limau kasturi, serbuk perasa, santan pekat & sedikit serbuk kari daging. Perapkan ayam selama 1 jam / lebih kerana semakin
lama diperap semakin sedap rasanya.

Cara Membungkus:
Lapis pertama letakkan kertas timah. Lapis kedua letakkan daun pisang. Lapis ketiga daun kunyit kemudian letakkan ayam & bungkus kemas-kemas. Bakar hingga masak dalam ketuhar selama 20-25 minit. Hidangkan ketika masih panas.

No comments:

Post a Comment