Wednesday, 16 May 2012

BAKAR KEMBOJA KENTANG

Bahan A 
180g gula 
4 biji telur 
sedikit vanilla 
sedikit garam 

Bahan B 
500g kentang (nett weight 500g selepas direbus) dibuang kulit dan rebus. 
65g tepung gandum 
450ml santan pekat 
sedikit pasta pandan (pandan paste) 

Bahan C 
sedikit bijan 

Semua bahan A dijadi satu dan pukul sederhana kembang. Campurkan bahan B dan diblender sebentar sahja. Kemudian tuangkan kedalam acuan bunga kemboja dan tabur sedikit bijan diatasnya. (bole juga menggunakan non-stick baking molds. Atau muffin trays) Bakar pada suhu 170C selama 40minit atau hingga masak. Jangan lupa untuk menyapu sedikit minyak pada acuan supaya kuih senang keluar sesudah ia masak.

No comments:

Post a Comment