Thursday, 17 May 2012

BEGEDIL DAGING

BAHAN-BAHAN : 
125 gm daging cincang/kisar 5 biji besar ubi kentang (direbus & dibuang kulitnya) 2 camca mentega Garam & lada sulah secukup rasa 1 ulas bawang putih (dicincang halus) 6 ulas bawng merah (dihiris & digoreng hingga garing) 1 pokok daun bawang (dicincang) 1 pokok daun sup (dicincang) 1 biji kuning telur ½ camca buah pala parut Sedikit serbuk perasa Putih telur dari 1 biji telur Minyak makan yang banyak untuk menggoreng sedikit serbuk perasa 

CARA: 

Lecekkan ubi kentang bersama-sama 1 camca mentega & bubuh serbuk perasa secukup rasa. Campurkan daging, bawang putih bawang merah & mentega selebihnya dengan kentang yang telah dilecek. Campurkan pula dengan bahan-bahan uyang lain kecuali minyak & putih telur. Sesuaikan rasanya.Bentukkan bulat-bulat seperti bola & leperkan sedikit.Pijarkan minyak di atas api yang sedrhana.Celupkan bergedel-gedel itu dalam putih telur & gorengkan.Apabila telah masak & kekuning-kuningan,angkat & toskan minyaknya betul-betul di atas kertas dapur. Hidangkan panas-panas dengan nasu putih & masakan-masakkan lain. 
**mungkin dapat dalam 15 ketul sahaja..

No comments:

Post a Comment