2 cawan tepung superfine
1 camca teh baking powder
½ camca teh soda bicarbonate
(ketiga2 bahan ini di ayak 3 kali)
½ cawan koko
1 camca teh nescafe
1 camca teh coffee oil
1 ½ camca teh esen vanila
1 cawan air
(kesemua bahan ini dibancuh dan dibiarkan sejuk Dalam freezer lebih kurang 5-10 minit)
¾ cawan mentega
1 ½cawan gula castor
3 biji telur
Cara-caranya :
1. Pukul mentega dengan gula hingga putih dan kembang
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji
3. Masukkan suku campuran tepung dan kacau hingga rata
4. Masukkan suku bancuhan koko dan kacau hingga sebati
5. Ulangi step c & d hingga habis
6. Bakar dalam oven yang telah sedia dipanaskan terlebih dahulu dengan suhu 170 darjah celsius selama 30 minit (anggaran)
½ Bar cooking chocolate (anggaran 250gm)
½ cawan susu cair
1/3 cawan mentega
Cara-carnya :
1. Potong chocolate menjadi kepingan-kepingan kecil
2. Campurkan susu cair
3. Masak atas api yang paling kecil dan hendaklah sentiasa dikacau supaya chocolate yang bahagian dasar periuk tidak hangit
4. Bila adunan menjadi pekat, tutupkan api dan masukkan mentega sambil dikacau adunan tersebut.
5. Biarkan sejuk dalam suhu bilik
6. Setelah sejuk bolehlah disapukan ke atas kek tadi.
No comments:
Post a Comment