Thursday, 17 May 2012

RENDANG KEDAH


BAHAN-BAHAN:
1 kg daging
10 biji cili kering
10 biji cili padi
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 camca rempah biji
1 camca jintan manis
Sedikit belacan
1 camca kunyit
1 cm halia
1 keping gula melaka
2 keping asam gelugur
5 biji bawang besar
4 batang serai
1 mangkuk santan
1 senduk kerisik
1 cm lengkuas
Garam dan serbuk perasa
Sedikit kulit kayu manis dan daun limau purut
CARA MEMBUATNYA:
1.Cili,bawang merah, bawang putih, rempah biji,jintan manis,belacan, halia, lengkuas dan serai digiling halus.
2.Daging direbus dengan santan dan masukkan rempah yang telah digiling serta garam dan serbuk perasa.
3.Masak sehingga daging empuk dan sebati. Kacau sehingga kering.
TIP:
Sentiasa mengacau rendang untuk mengelakkan daripada melekat pada kuali dan hangus.

AYAM PURI

Tambah kapsyen

BAHAN-BAHAN

1 ekor ayam di belah empat
1 tin kecil tomato puri
1 sudu teh serbuk lada putih
2 cm halia, ditumbuk
50 g suhun, direndang hingga kembang
6 batang lada merah, dibelah lima tetapi jangan putus
5 sudu makan kicap masin
3 sudu makan cuka
2 sudu makan gula pasir
50 ml air
125 ml minyak kacang
garam secukup rasa

BAHAN-BAHAN(a)
(Digoreng hingga layu berasingan)
4 biji bawang besar, dihiris
4 biji tomato, dipotong empat

BAHAN-BAHAN(b)
(Dihiris dan digoreng berasingan)
10 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih

BAHAN-BAHAN(c)
(Untuk menumis)
4 kuntum bunga cengkih
8 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
3 cm kulit kayu manis

CARA-CARA

1. Cucikan ayam bersih-bersih dan gaulkan ia dengan halia dan garam hingga rata. Kemudian gorenglan ayam ini hingga kekuningan.�

2. Tinggalkan sedikit minyak bekas menggoreng ayam ini lalu ditumis bahan-bahan(c) hingga berbau wangi. Masukkan lada merah dan gorenglah ia hingga kelihatan masak dan berminyak, tetapi jangan terlalu layu. Kemudian angkat lada ini dan ketepikan untuk dijadikan hiasan.�

3. Masukkan ayam, kicap, cuka, gula, lada putih, tomato puri dan bahan-bahan (a) kedalam tumisan tadi. Kacau rata-rata. Biarkan ia mendidih dan rasalah garamnya.�

4. Bila sudah masak, masukkan pula suhun. Ratakan supaya ia tidak bergumpal�

5. Hidangkan dengan menabur bahan (b) di atasnya dan hiaskan dengan lada merah yang digoreng tadi.

MOCHA ICE BLENDED


Resepi ini adalah original dari Coffee Bean & Tea Leaf
Bahan-bahan:
ice 2 cawan penuh (pastikan setiap cawan ber isi padu antara 300ml - 350 ml)
extract cokelat powder with sugar added 50 gram Extract ( air nescafe/kopi + susu skim )
pembahagiannya ialah setiap 2liter air kopi/nescafe dicampur 1 liter susu skim. Kalau di ikut kan kopi yang sepatutnya digunakan adalah jenis colombian - tapi nescafe menggunakan jenis rabusta so masih boleh digunakan lagi. Dan make sure nescafe itu pekat dan bukan cair ( dalam kater lain Kow Giler) 
Cara:
ok mula mula isikan ice kedalam cawan sampai penuh, pastikan yang ice tersebut kecil kecil supaya senang di blen. Kemudian isi sampai penuh. masukkan pula extract tadi kedalam cawan yang berisi ice sampai lebih kurang setengah inci dari mulut cawan. dan tuangkan kedalam blender kemudian masukan pula coklat powder dan di blend.
untuk memastikan ianya telah hancur adalah ice yang telah hancur itu akan naik keatas dan menolak ice yang di atas akan kebawah dan di blen seketika sebelum menutup suis nya.jangan terlalu lama kerana ice akan terlalu hancur dan cair (masa untuk blen antara 30-45 saat)
Cadangan hidangan:
Tuangkan kedalam cawan dan picitkan sedikit cream di permukaan cawan
Boleh juga ditambah kan 9 biji kopi dan ianya menjadi - Ultimate Ice Blended
Tambahan:
Ditambah 9 biji kopi dan 7 biji ceri menjadi - Black forest Ice Blended
Ditambah caramel tetapi cokelat powder ditukar ke vanilla powder menjadi - Ceramel Ice Blenden
Ditambah cinnamon (kayu manis) powder tetapi cokelat powder ditukar ke vanilla powder menjadi - Cinnamon Ice Blenden

Jika di tambah vanilla sahaja dan cokelat powder di keluarkan akan mejadi - vanilla ice blended
(hidangan utk 2 orang)

NASI BRIYANI GAM

Bahan-bahan (untuk Nasi) 1. 5 cawan* beras basmathi 2. 1 cawan ghee (minyak sapi) 3. 1 sudu teh buah pelaga 4. 1 inci kayu manis 5. 5 bunga lawang 6. 1 sudu teh jintan manis 7. setengah sudu teh koma koma (saffron) 8. 4 ulas bawang putih -hiris halus 9. 10 ulas bawang merah - hiris halus 10. 1 inci halia - hiris halus 11. 3 sudu makan rempah beriyani (pes) 12. segenggam gajus 13. segenggam raisins 14. 5 cawan air 15. garam secukup rasa 
(*cawan = cawan kopi) 
Cara-caranya 1. Pijarkan minyak sapi 2. Tumiskan bahan hiris beserta buah pelaga,kayu manis,bunga lawang dan jintan manis sampai berbau harum 3. Masukkan rempah beriyani dan biar sehingga naik bau 4. Seterusnya masukkan beras dan kacau rata 5. Masukkan air sehingga menutup paras beras dan kacau rata 6. Masukkan saffron, gula dan garam, kacau rata 7. Kecilkan api. Masak beras sehingga separa masak 

Bahan-bahan untuk lauk 1. 1 kilo daging batang pinang, potong anggaran 6x6x5 cm 2. 5 biji kentang (belah dua) 3. 8 biji telur rebus keras 4. setengah cawan ghee (minyak sapi) 5. 1 sudu teh buah pelaga 6. 1 inci kayu manis 7. 5 bunga lawang 8. 1 sudu teh jintan manis 9. 2 biji bawang besar (yang kuning), hiris 10. 5 ulas bawang putih - kisar 11. 10 ulas bawang merah - kisar 12. 1 inci halia - kisar 13. 6 sudu makan rempah beriyani (pes) 14. segenggam gajus 15. segenggam raisins 16. Air 17. Tairu (perahkan 2 biji limau nipis ke dalam 1 gelas susu dan biarkan 15 minit)/1 cawan yoghurt 18. garam secukup rasa 19. 1 atau 2 sudu makan tomato puri 
Cara 1. Pijarkan minyak sapi, tumiskan bawang besar, bahan kisar dan semua rempah campak (kulit kayu manis etc) hingga naik bau 2. Masukkan pes beriyani dan biar terbit minyak 3. Masukkan daging dan kentang dan air (1 inci atas paras daging & kentang). Didihkan. 4. Kecilkan api dan masak hingga daging empuk 5. Masukkan bahan bahan lain dan 2 cawan air lagi. Kacau rata. 
NOW THIS IS WHERE THE NAME "GAM" COMES IN 
Peralatan 1. Alat kukusan 2. Kain muslin, untuk mengalas kukusan 3. Kain kapas yang agak panjang (3 meter) 4. Kanji/perekat (masak tepung kanji) 
Cara 1. Masukkan lauk yang separa masuk kedalam periuk kukusan (tempat yang selalunya kita bubuh air) 2. Alaskan periuk mengukus dengan kain muslin (buat 3 layers) 3. Masukkan nasi yang separuh masak, gajus dan raisins (lihat bahan untuk nasi) 4. Tutupkan pengukus, Letak periuk mengukus atas periuk kukusan yang berisi lauk 5. Celupkan kain kapas dengan kanji 6. Lilitkan kain tersebut pada bahagian di antara periuk dengan pengukus. Pastikan iktannya agak kejap. No steam should be able to escape. 7. Letak atas api yang perlahan 8. Masak sehingga lebih kurang 1 jam 9. Buka lilitan dan buka tutup pengukus 10. Dengan menggunakan garpu, gemburkan nasi yang sepatutnya sudah masak by now. 11. Kalau nasi masih belum masak, ulangi proses kukusan. 
Untuk menghidang 1. Sendukkan 4 senduk nasi ke dalam pinggan hidang yang besar, ratakan 2. Letakkan 4 ketul daging, 4 ketul kentang dan 4 biji telur di atas nasi tersebut 3. Sendukkan 4 senduk nasi lagi untuk menutup lauk tersebut 4. Taburkan bawang goreng, daun saderi, daun bawang dan hati ayam yang telah digoreng garing dan dicincang. 5. Kuah beriyani tadi di hidangkan berasingan 6. Selain itu acar buah juga boleh dijadikan hidangan sampingan

AYAM BAKAR SANTAN BEREMPAH


Bahan-Bahan:
1 ½ kg ayam
5 batang serai (dikisar)
30 gm bawang merah (dikisar)
10 gm bawang putih (dikisar)
4 cm halia (dikisar)
5 biji buah keras (dikisar)
3 biji cili merah yang besar (dikisar) 4 biji limau kasturi (diperah jusnya)
50 gm santan pekat
4 cm kunyit hidup (dikisar)
1 helai daun pisang yang besar & panjang
10 gm gula
Garam secukup rasa
Serbuk perasa secukup rasa

Cara:
Ayam dibelah 2 kemudian dibersihkan & dikelar. Gaulkan dengan semua bahan yang telah dikisar halus juga jus limau kasturi, serbuk perasa, santan pekat & sedikit serbuk kari daging. Perapkan ayam selama 1 jam / lebih kerana semakin
lama diperap semakin sedap rasanya.

Cara Membungkus:
Lapis pertama letakkan kertas timah. Lapis kedua letakkan daun pisang. Lapis ketiga daun kunyit kemudian letakkan ayam & bungkus kemas-kemas. Bakar hingga masak dalam ketuhar selama 20-25 minit. Hidangkan ketika masih panas.

IKAN PANGGANG PERCIK


Bahan-bahan;

1 ekor ikan siakap dicuci bersih, dibuang perutnya dan dikelar-kelar.


Bahan-bahan Sambal Percik;

2 cm halia
10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 cm kunyit hidup
2 batang serai dimesin sampai lumat
3 helai daun limau purut
5 biji buah keras
4 biji cili padi
7 biji cili merah
3 cawan santan pekat (dari � biji kelapa yang diparut)
Jus dari sebiji limau nipis atau lebih
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menggoreng
Beberapa helai daun pisang
2 helai daun pandan
Sekeping kertas timah (Aluminum Foil)
2 biji cili merah untuk hiasan di atas ikan


Cara-caranya


  1. Panaskan minyak dan tumis rempah-rempah yang dimesin sampai wangi. Masukkan santan dan masak perlahan-lahan sampai ianya pekat. Masukkan garam, gula dan asam limau.
  2. Letakkan ikan yang beralaskan daun pisang & daun pandan diatas kertas timah dan sapukan kuah percik di rata-rata ikan. Bungkus rapat-rapat dan dibakar pada suhu 180�C selama 20 minit sampai masak.

PUDING ROTI SIMPLE

BAHAN-BAHAN... .

1 paket roti (5 ketul) 
1 kg susu
Gula secukup rasa 
1 camca besar mentega Secubit garam 
1 camca kecil esen vanila 
1 biji telur 

CARA... . 


Roti dicarik-carikkan kemudian rendam bersama susu, gula, mentega, garam dan esen vanila. Setelah roti agak lembut, masukkan ke dalam loyang dan kukus selama 3/4 jam. Setelah masak, angkat dan hidangkan.

Wet N Wild Chococlate Cake

bhn kek:-
1 buku buttercup(kalau takde guna 2 cawan planta yea)
2 cawan gula icing
2 cawan tepung kek(kalau takde guna tepung gandum pun boleh..tapi kena la tambah 1 camca teh soda bicarbonat)
1 cawan serbuk koko (van houten atau yg seangkatan dgnnyer la)  
1 camca teh soda bicarbonat( kowrang campurkan dlm tepung tadi yea)
5 biji telur ayam (kalau gred A guna 4 biji dah cukup tau)
1 1/2 cawan air..( ini tuk masak kan coklat tue)
1/2 cawan badam untuk hiasan... 

bhn icing:
1 sudu majerin@butter
3/4 cawan serbuk coklat
1/2 cawan susu pekat manis
1/2 cawan air
(semua bahan nie kowrang campurkan dan masak sampai dia pekat tp jangan sampai hangus lak)

k.. sekarang ialah camner nak buat kek tue... 
1.kena panaskan dulu oven tue..then masak dulu 1 cawan gula dengan 1 cawan serbuk koko ngan 1 1/2 air tadi. masak sampai pekat dan letak tepi dulu.
2. pukul 1 cawan lagi gula dengan buttercup sampai kembang. at least butter tu nampak putih laa.. kira ok la tue. 
3. masukkan telur satu persatu... ke dlm adunan gula dan buttercup td. pukul sampai nampak likat. 
4. masukkan tepung ke dlm adunan... masuk sikit demi sedikit yea.. 
5. last sekali baru la masukkan koko yang kowrang masak tadi. kacau perlahan... sampai sebati... then masukkan ke dalam loyang kek..
k.. camner nak bagi kek tak lekat kat loyang. cam nie.. kowrang sapukan sedikit majerin kat loyang... pas tu taburkan sikit tepung... kendian baru la kowrang masukkan adunan td... 
dah tuang.. masukkan adunan kedalam ketuhar.. bakar la.. selalunya dia ambil mase 40 minit.( pd suhu 170 darjah F.

KEK AISKRIM


BAHAN-BAHAN:
Bahan kulit:
80 gm hirisan badam
1 kotak kecil butter cookies
1 kotak kecil biskut oren
125 gm mentega
Strawberi secukupnya
Bahan inti:
Aiskrim perisa strawberi
Aiskrim perisa coklat
500 gm krim putar
CARA:
Panaskan ketuhar pada suhu 170 darjah Celcius. Bakar badam sehingga ranggup.
Hancurkan butter cookies, biskut oren dan badam. Masukkan mentega.
Tekan adunan pada bahagian bawah tin bakar.
Bakar selama 12 minit atau sehingga keemasan. Biarkan sejuk.
Kemudian ratakan aiskrim perasa strawberi pada bahagian luar di dalam tin bakar agar bahagian bawah berbentuk seperti kawah. Bekukan selama sejam.
Setelah keras, ratakan aiskrim coklat di bahagian tengah kek. Bekukan lagi selama sejam.
Hiaskan atas kek dengan strawberi, krim putar dan starwberi.

KEK BLACK FOREST SPECIAL


BAHAN-BAHAN:
250 gm mentega
1 sudu teh serbuk kopi
1 � cawan air suam
2 cawan gula kastor
2 sudu makan coklat cair
2 biji telur
1 cawan tepung gandum 1 � cawan tepung naik sendiri
� cawan serbuk koko
2 sudu teh srebuk vanila
250 gm chocolate rice
� liter krim susu segar
Buah ceri
CARA:
Siapkan loyang bulat dan sapukan permukaannya dengan mentega dan alaskan dengan kertas minyak.
Cairkan mentega di atas api kecil kemudian angkat dan ketepikan seketika.
Masukkan serbuk kopi, air suam, gula kastor dan coklat cair ke dalam cairan mentega dan panaskan sekali lagi pada api kecil hingga semua bahan cair. Kacau hingga semuanya mesra. Pastikan jangan sampai mendidih.
Pindahkan ke dalam bekas yang lebih besar dan sejukkan.
Masukkan telur kemudian putar hingga kembang.
Masukkan tepung gandum, tepung naik sendiri, serbuk koko, serbuk vanila dan putar hingga semua bahan mesra.
Bakar pada suhu 180 darjah Celcius selama 45 minit.
Hiaskan dengan krim segar dan chocolate rice.

KEK KEJU AISKRIM


BAHAN-BAHAN:
300 gm biskut digestive (dihancurkan)
100 gm mentega (dicairkan)
250 gm krim keju
160 gm gula halus
100 gm dadih perisa buah-buahan 1 camca besar serbuk agar-agar
150 ml sirap nanas
200 gm nanas berkaleng (didadu halus)
500 ml aiskrim perisa vanila
CARA:
Gaul biskut dan mentega, ratakan pada dasar tin spring form 20 cm. Simpan di dalam peti sejuk selama 20 minit.
Putar krim keju bersama gula hingga gebu. Masukkan dadih, pukul rata. Ketepikan.
Jerang serbuk agar-agar bersama sirap nanas hingga agar-agar larut. Masukkan di dalam bancuhan krim keju dan putar rata.
Bubuh pula nanas dan aiskrim, kacau sebati. Tuang adunan di atas lapisan biskut. Tutup kemas dan biar di dalam peti sejuk semalaman

GULAI LEMAK KETAM

Bahan-bahan 
1 kg ketam, 300gm bawang merah, 200gm bawang putih, 100gm lengkuas, 70gm serai, 300gm cili kering, 300gm buji gajus, 200gm kunyit basah, 200gm doun kunyit, 100gm serai dititik, 200gm tomato, 200gm bawang besar, 300gm nenas dan 500gm santan pekat. 
Caranya 
Bawang merah, bawang putih, lengkuas, serai, biji gajus dan kunyit basah dikisar halus. Setelah periuk panas, masukkan santan serta bahan-bahan yang telah dikisar. Apabila sudah mendidih, masukkan ketam, daun kunyit, serai, tomato, bawang besar dan nenas. Perlahankan api sehingga masak

PUDING JAGUNG BERCOKLAT


BAHAN-BAHAN:
37.5 gm agar-agar
6 cawan air
2 � cawan gula
1 sudu besar mentega
4 biji telur 1 tin susu cair
1 sudu besar tepung kastard
1 sudu kecil esen vanila
3 sudu serbuk koko
� tin jagung berkrim (dikisar)

CARA:

Masukkan agar-agar, air dan gula di dalam periuk. Didihkan sehingga semua bahan larut.
Pukul telur perlahan-lahan, masukkan susu cair, tepung kastard, esen vanila dan mentega.
Setelah agar-agar larut, masukkan bahan di atas dan kacau sehingga masak dengan api yang sederhana. Setelah di tutup api, bahagikan dua, satu adunan di campurkan dengan jagung dan satu lagi di campurkan dengan koko. Tuangkan di dalam adunan berselang seli. Biarkan sejuk sebelum di hidang. 

AGAR2 COKLAT

Bahan-Bahan: 
7 g agar-agar (direndam dan ditoskan)
5 cawan air mendidih
1 cawan gula pasir
1 cawan susu sejat 1 camca teh esen vanilla
2 camca sederhana serbuk koko
½ cawan air panas
4 butir putih telur (dipukul hingga kental)

Cara: Masukkan agar-agar ke dalam air mendidih. Didihkan terus hingga agar-agar itu hancur, sambil mengacaukan selalu. Masukkan gula dan kacau hingga hancur. Masukkan susu dan didihkan sambil mengacaunya. Masukkan pula esen vanilla, kacau hingga rata. Angkat periuk dari api. Tapiskan campuran itu dengan kain kasa. Masukkan bancuhan koko dan kacau hingga rata. Masukkan pula putih telur, kacau rata-rata dan tuangkan agar-agar ke dalam acuan. Biarkan hingga sejuk, kemudian masukkan ke dalam peti sejuk supaya beku dan sejuk. Hidangkan sejuk bersama sos kastad.

BLUEBERRY MUFFIN

Bahan-Bahan: 350g Butter 350g Gula Halus 500g Blueberry 5 biji Telor 4 sudu teh Baking Powder 600g Tepung HongKong 250g Susu UHT 1 sudu teh Vanilla Powder sedikit garam 
Cara-cara: 1) Pukul butter, gula & garam sehingga kembang 2) Masukkan telur satu demi satu 3) Masukkan tepung yang sudah diayak, baking powder & gaul hingga sebati 4)Tuangkan susu UHT perlahan-lahan & kemudian masukkan blueberry dan vanilla 5) Masukkan adunan tadi ke dalam cup muffin 6) Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 20 minit

BEGEDIL DAGING

BAHAN-BAHAN : 
125 gm daging cincang/kisar 5 biji besar ubi kentang (direbus & dibuang kulitnya) 2 camca mentega Garam & lada sulah secukup rasa 1 ulas bawang putih (dicincang halus) 6 ulas bawng merah (dihiris & digoreng hingga garing) 1 pokok daun bawang (dicincang) 1 pokok daun sup (dicincang) 1 biji kuning telur ½ camca buah pala parut Sedikit serbuk perasa Putih telur dari 1 biji telur Minyak makan yang banyak untuk menggoreng sedikit serbuk perasa 

CARA: 

Lecekkan ubi kentang bersama-sama 1 camca mentega & bubuh serbuk perasa secukup rasa. Campurkan daging, bawang putih bawang merah & mentega selebihnya dengan kentang yang telah dilecek. Campurkan pula dengan bahan-bahan uyang lain kecuali minyak & putih telur. Sesuaikan rasanya.Bentukkan bulat-bulat seperti bola & leperkan sedikit.Pijarkan minyak di atas api yang sedrhana.Celupkan bergedel-gedel itu dalam putih telur & gorengkan.Apabila telah masak & kekuning-kuningan,angkat & toskan minyaknya betul-betul di atas kertas dapur. Hidangkan panas-panas dengan nasu putih & masakan-masakkan lain. 
**mungkin dapat dalam 15 ketul sahaja..

NASI GORENG AMERIKA


Bahan-bahan : garam, cili giling, sos cili, kicap, serbuk perasa, 4 gram daging, 2 ulas bawang putih, 1/2 bawang besar, sedikit daun bawang, sedikit cili merah, 2 atau 3 helai daun salad dan nasi.
Caranya : Tumiskan cili giling, bawang putih dan masukkan daging serta cili merah, bawang besar, sos cili berserta sedikit kicap. Masukkan garam secukup rasa dan tumiskan sehingga masak.
Gunakan daun salad tadi sebagai hiasan.

nasi goreng cina

Bahan-Bahan: 2 pinggan nasi putih 1 cawan udang basah (buang kulitnya) 1 cawan isi ayam (direbus dan disiat) 1 cawan kacang peas 4 biji telur (dipukul) 5 biji cili merah ] ditumbuk 5 ulas bawang merah ] 1 pokok daun bawang (dihiris) Garam secukup rasa 
Cara: Panaskan minyak dan tumiskan cili, Kemudian masukkan udang serta daging ayam dan kacang peas. Biarkan selama lima minit, kemudain masukkkan telur sambil dikacau-kacau. Masukkan nasi serta sedikit garam gaulkan rata-rata dan taburkan daun bawang. Bila telah masak angkat dan bolehlah dihidangkan. Semasa menghidang, taburkan daun bawang.

chicken chop

Bahan-Bahan: 1 ekor ayam (diambil peha dan dada) 1 biji telur 1 biji tomato 1 helai daun salad Sedikit daun pasli Sedikit lada sulah 20 gm potato chip (digoreng) 20 keping biskut tawar (dikisar halus Sedikit Lea & Perrin atau tepung ubi (untuk disapu pada ayam) Bahan sos: 1 biji lada buah 1 biji bawang besar 2 sudu besar sos cili ½ batang lobak merah 1 sudu besar sos tomato 1 sudu besar sos lea & perrin 2 ulas bawang putih (dicincang halus) 
Cara: Gaulkan ayam bersama lada sulah, lea & perrin. Kemudian gaul rata menggunakan tepung ubi. Pecahkan sebiji telur dan celupkan ayam. Salutkan biskut tawar yang telah dikisar ke ayam. Goreng ayam hingga kekuningan dan angkat. Masakkan sos selama satu minit. Hidangkan.

CHOC MOUSSE

ingredients:
4 biji kuning telur
1/4 gula icing
esen vanila
2 sudu besar serbuk koko
2 ounces cooking chocolate
3/4 cawan heavy cream

directions:
1) kacau telur n gula dlm double boiler until smooth
2) ttp api, mskkan coklat, serbuk koko n esen vanila. kacau lg, 
sejukkan pd suhu bilik
3) mskkan heavy cream, kacau sampai sebati. tuang dalam 4 
mangkuk hidangan, masuk dlm peti ais selama 2jam hingga 1hari

Wednesday, 16 May 2012

PIZZA......


INTI PIZZA: 


Bahan inti: (Untuk 9 - 10 keping pizza)

1. 800 gm isi ayam (cincang halus / kisar)

2. Cendawan (jika suka) 
3. 1 labu @100 gm bawang besar (cincang / tumbuk / dadu)

4. 3 ulas @15 gm bawang putih (cincang / tumbuk)5. Garam halus secukup rasa

6. Sebotol @ 325 gm @ secawan sos tomato

7. 40 gm @30 ml @2 sudu besar gula pasir

8. 3 helai ‘bay leaves’ (daun bay), cuci dahulu – terdapat di pasaraya besar, bahagian rempah ratus dalam botol bulat setinggi 4 inci (11 cm), saiz botol besar sikit dari wang syiling 50 sen.

9. 2 camca teh ‘parsley flakes’ (daun parsley cincang) – terdapat di pasaraya besar, bahagian rempah ratus dalam botol bulat setinggi 4 inci (11 cm), saiz botol besar sikit dari wang syiling 50 sen.

10. Minyak untuk menumis
Cara Memasaknya:1. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau.
2. Masukkan 1 camca teh garam halus.
3. Masukkan ayam, kacau.
4. Masukkan sos tomato
5. Masukkan cendawan
6. Masukkan gula, daun bay, daun parsley. (daun bay untuk mendapatkan aromanya saja, bukan dimakan)
7. Suaikan rasanya. Kalau kurang garam, tambah lagi asal jangan masin sangat udah le...
8. Kecilkan api, tutup kuali.
9. Biarkan hingga air ayam kering. Sesekali kacau supaya tidak berkerak.

* Pastikan rasanya mesti sedap (agak-agak manis) barulah pizza sedap. Boleh disiapkan lebih awal dan simpan dalam peti sejuk.
* Resepi yang saya tulis di atas ialah inti ‘isi ayam’ – anak-anak saya suka inti yang ini.
* Boleh juga guna inti yang lain seperti; rendang daging, satay, sardin dalam tin http://virtualfriends.net/article/articleview.cfm?AID=30851YM
(utk cepat mereputkan tulang dan dapat barah…jgn makan selalu), isi ikan, udang, sotong, sambal tumis, daging burger hancur, sosej, cendawan, capsicum, nanas, tomato dan lain-lain mengikut cita rasa anda)
……….sementara menunggu air ayam kering, kita ke langkah berikut……….
BAHAN UNTUK DOH ROTI: Ada 2 cara.
Cara 1 – (Untuk 2 keping)Bahan:1. 600 gm tepung (tepung high protein @ tepung pizza @ tepung gandum (serbaguna) – apa-apa yang ada di dapurlah!)2. 11 gm (sebungkus) yis segera mauripan
3. 10 gm gula pasir
4. 9 gm garam halus
5. 1 1/3 cawan @ 400 ml air sejuk / suam
6. 1 butir telur dicuci kulitnya
7. 16 gm majerin / lemak sayuran

Cara Mengadun:

1. Larutkan gula & mauripan di dalam air. (Biarkan 5 minit, jika berbuih-buih, bolehlah digunakan. Jika tidak, buangkan dan buat larutan yang baru. Nanti tak naik, jadi lempeng pula).
2. Masukkan garam dalam larutan tersebut. Kacau hingga garam larut dan ketepikan.
3. Masukkan tepung ke dalam besen penguli. Buatkan lubang di tengah dan pecahkan telur ke dalamnya, kemudian curahkan air larutan mauripan + gula + garam tadi.
4. Uli bahan-bahan itu. Apabila hampir menjadi doh barulah masukkan majerin. Uli lagi hingga sebati. (Majerin yang terakhir dimasukkan supaya apabila masak nanti, roti akan rangup di sebelah luar tetapi lembut di dalamnya, jika dimasukkan awal-awal, roti akan peroi).
5. Panaskan ketuhar 150°C.
6. Bulatkan dan rehatkan adunan (tutup adunan dengan kain lembab, bukan kain lembab pun boleh) hingga mengembang sekali ganda.
7. Kemudian bahagi dua adunan itu, bulatkan dan rehatkan sekali lagi supaya mengembang sebelum dibakar.
8. Sediakan loyang bulat yang biasa je …….. tak susah……. lebar : 9 inci (23cm) @ 10 ½ inci (27 cm) @ 11 inci (28cm) ok le tu……
Loyang disapu dengan majerin dan tabur tepung gandum supaya tidak melekat.
9. Leperkan doh di dalam loyang dengan ketebalan ½ cm (jangan tebal sangat, tak best, nanti cepat kenyang!). Rehatkan seminit sebelum dibakar. (Buat roti memang banyak kali rehat-rehatkan adunan, jangan mare).
10. Bakar dalam ketuhar pada suhu 250°C selama 10 – 15 minit, (separuh masak).
* PROSES NO. 10 INI PENTING! SUPAYA PERMUKAAN DOH TIDAK BENYEK. BANYAK RESEPI TIDAK MENEKANKAN ‘RAHSIA’ INI.

* PASTIKAN SUKATAN TEPAT. (KALAU BELUM ADA TIMBANG, KENA BELI @ PINJAM). INSYA’ALLAH LEMBUT DOHNYA. KALAU DOH(ROTINYA) KERAS, PIZZA TAK SEDAP, SEBAB PENAT MENGUNYAH.

NAK SUKAT AIR? GUNA BOTOL SUSU ANAK PUN BOLEH.


Cara 2: (Untuk 9 – 10 keping):

……………Sekarang, untuk membuat base pizza, saya lebih gemar gunakan resepi ‘Roti Taliban’ ini. Lebih mudah diuli dan lembut rotinya. Mungkin sebab ada tepung attar?... ... ..

Bahan:

1. 600 ml air sejuk / suam

2. 11 gm (sebungkus) yis segera mauripan

3. 100 gm gula pasir

4. 100 gm minyak sapi

5. 300 gm tepung attar (tepung capati)

6. 700 gm tepung gandum

* nak + garam sikit pun terpulanglah.

Cara Mengadun:1. Satukan air + mauripan + gula dalam besen penguli.(Biarkan 5 minit, jika berbuih-buih, bolehlah digunakan. Jika tidak, buangkan dan buat larutan yang baru. Nanti tak naik, jadi lempeng pula).
2. Masukkan minyak sapi ke dalam air larutan mauripan + gula tadi. Kacau hingga sebati.
3. Panaskan ketuhar 150°C.
4. Masukkan pula tepung attar dan tepung gandum. Uli hingga menjadi doh.
5. Bulatkan dan rehatkan (tutup adunan dengan kain lembab, bukan kain lembab pun boleh juga) hingga mengembang sekali ganda. Kemudian bulatkan dengan berat setiap satu:
230 gm untuk loyang bersaiz 11 inci (28cm),
200 gm untuk loyang bersaiz 10 ½ inci (27 cm),
130 gm untuk loyang bersaiz 9 inci (23cm),
6. Rehatkan 10 minit lagi.

7. Sediakan loyang bulat yang biasa je …….. tak susah……. lebar : 9 inci (23cm) @ 10 ½ inci (27 cm) @ 11 inci (28 cm) ok le tu…….

8.Loyang disapu dengan majerin dan tabur tepung gandum supaya tidak melekat. Leperkan doh setebal ½ cm (jangan tebal sangat! Gunakan kayu penggelek atau botol kaca dan sedikit debu gandum di atas permukaan yang bersih seperti di belakang dulang).10. Masukkan ke dalam loyang, Rehatkan seminit sebelum dibakar. (Buat roti memang banyak kali kena rehat-rehatkan adunan, jangan mare).
11. Bakar dalam ketuhar pada suhu 250°C selama 10 – 15 minit, (separuh masak). 
12. Bakar hingga habis semua doh. Ketepikan. Doh-doh yang telah ½ masak boleh disusun bertindih dalam pinggan leper sementara menunggu proses menabur inti dan lain-lain bahan.
* PROSES NO. 11 INI PENTING! SUPAYA PERMUKAAN DOH TIDAK BENYEK. BANYAK RESEPI TIDAK MENEKANKAN ‘RAHSIA’ INI.

* PASTIKAN SUKATAN TEPAT. (KALAU BELUM ADA TIMBANG, KENA BELI @ PINJAM. NAK SUKAT AIR, GUNAKAN BOTOL SUSU ANAK PUN APA SALAHNYA). INSYA’ALLAH LEMBUT DOHNYA. KALAU DOH (ROTINYA) KERAS, PIZZA TAK SEDAP SEBAB PENAT MENGUNYAH.

………..sambil menunggu base yang asyik nak berehat-rehat ini, kita curi-curi ke langkah seterusnya……….

BAHAN-BAHAN TABUR: (Untuk 9 – 10 keping pizza)

1. Sebatikan:

* 8 sudu makan tomato puri (jenama apa pun ok, janji ada cop halal JAKIM)

* 5 sudu makan sos cili

* 5 sudu makan minyak masak

2. 200 gm @ lebih keju mozzarella disagat (sagat sendiri je, lebih murah. Pilih yang bercop halal, boleh check di lamam web JAKIMnama badan-badan luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM http://www.halal.gov.my/islamicbody.php
3. Sayur-sayuran:

* ½ biji @ 80 gm lada capsicum (benggala) (hiris nipis memanjang @ dadu)

* 80 – 100 gm nanas (hiris nipis & kecil)

* 80 – 100 gm tomato (hiris bulat ½ cm @ dadu @ memanjang) 
4. Inti pizza (yang telah disiapkan seperti isi ayam, rendang, satay, daging burger hancur dsbg).

5. Spicy Pizza Seasoning (terdapat di pasaraya besar, bahagian rempah ratus dalam botol bulat setinggi 4 inci (11 cm), saiz botol besar sikit dari wang syiling 50 sen.)PROSES MEMBUAT PIZZA – ni yang seronok!1. Panaskan ketuhar 150°C. Masukkan doh yg separuh masak tadi ke dalam loyang.
2. Sapu rata-rata campuran no.1 (tomato puri, sos cili & minyak masak) ke atas permukaan doh yang separuh masak tadi.
3. Tabur sedikit keju mozzarella.
4. Tabur @ susun sayur-sayuran serta inti pizza.
5. Tabur keju mozzarella lagi (banyak pun sedap, tapi kosnya pun sedaplah 
6. Akhir sekali tabur sedikit (1/4 -1/2 camca teh) spicy pizza seasoning - kalau terbanyak pun bukan sedap. (Bahan ini yang membuatkan makanan yang kita tengah buat ni berbau macam pizza!)
7. Bakar dalam oven pada suhu 250°C selama 12 - 15 minit.
8. Wau, …… sedap dimakan panas-panas, bertali-tali cheesenya tu!………. Bismillah……….
Jiran-jiran pun terhidu baunya tau! Hulur-hulurlah sikit………..
* Anda boleh melakukan proses no. 2 – 6 tadi di dalam Tupperware bulat yang muat dengan saiz doh itu. Setelah selesai sekeping, lapisi dengan plastik bersih di atasnya. Kemudian tindihkan dengan kepingan doh kedua. Ulangi proses no. 2 – 6. Kemudian lapisi dengan plastik bersih hinggalah habis kesemua base pizza.
* Tutup Tupperware dan simpan dalam peti sejuk. Hanya bakar dalam ketuhar pada suhu 250°C selama 15 minit sebelum memakannya. (pastikan ketuhar telah dipanaskan terlebih dahulu!!) Mudah bukan?
* Hmm……. Sarapan pizza, minum petang pizza, tetamu datang pun sempat bakar pizza!... ... ..niatkan untuk memuliakan tetamulah, bukan riya’ @ sum’ah, karang penat je, takde pahala.
* Biasanya kalau sudah masak pizza, saya tak perlu lagi menanak nasi kerana pizza insya’Allah mengenyangkan, apa taknye! 9 keping……… kalau tak kenyang jugak, lupa baca bismillahlah agaknye tu………..

** Roti Taliban sebenarnya dimakan dengan sambal tumis atau dalca.

Bahan-bahan sama seperti bahan untuk doh roti cara 2.

Caranya ada perbezaan sedikit:

1. Satukan air + mauripan + gula dalam besen penguli. (Biarkan 5 minit, jika berbuih-buih, bolehlah digunakan. Jika tidak, buangkan dan buat larutan yang baru. Nanti tak naik, jadi lempeng pula).2. Masukkan minyak sapi ke dalam air larutan mauripan + gula tadi. Kacau hingga sebati.
3. Masukkan pula tepung attar dan tepung gandum. Uli dan jadikan doh sebanyak 130 gm satu biji. Peram seminit.
4. Terapkan doh seperti roti canai dengan menggunakan sedikit debu gandum. Biar sekejap selama seminit sebelum dibakar.
5. Tabur sedikit tepung gandum atas kuali panas.
6. Masukkan roti dan canai hingga masak. Kaup balikkan.
7. Makan bersama sambal tumis atau dalca.
Sambil masak tu banyak-banyakkan berzikir, mudah-mudahan orang yang memakannya diberi kekuatan untuk beribadah, insya'Allah.