Thursday, 17 May 2012

RENDANG KEDAH


BAHAN-BAHAN:
1 kg daging
10 biji cili kering
10 biji cili padi
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 camca rempah biji
1 camca jintan manis
Sedikit belacan
1 camca kunyit
1 cm halia
1 keping gula melaka
2 keping asam gelugur
5 biji bawang besar
4 batang serai
1 mangkuk santan
1 senduk kerisik
1 cm lengkuas
Garam dan serbuk perasa
Sedikit kulit kayu manis dan daun limau purut
CARA MEMBUATNYA:
1.Cili,bawang merah, bawang putih, rempah biji,jintan manis,belacan, halia, lengkuas dan serai digiling halus.
2.Daging direbus dengan santan dan masukkan rempah yang telah digiling serta garam dan serbuk perasa.
3.Masak sehingga daging empuk dan sebati. Kacau sehingga kering.
TIP:
Sentiasa mengacau rendang untuk mengelakkan daripada melekat pada kuali dan hangus.

AYAM PURI

Tambah kapsyen

BAHAN-BAHAN

1 ekor ayam di belah empat
1 tin kecil tomato puri
1 sudu teh serbuk lada putih
2 cm halia, ditumbuk
50 g suhun, direndang hingga kembang
6 batang lada merah, dibelah lima tetapi jangan putus
5 sudu makan kicap masin
3 sudu makan cuka
2 sudu makan gula pasir
50 ml air
125 ml minyak kacang
garam secukup rasa

BAHAN-BAHAN(a)
(Digoreng hingga layu berasingan)
4 biji bawang besar, dihiris
4 biji tomato, dipotong empat

BAHAN-BAHAN(b)
(Dihiris dan digoreng berasingan)
10 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih

BAHAN-BAHAN(c)
(Untuk menumis)
4 kuntum bunga cengkih
8 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
3 cm kulit kayu manis

CARA-CARA

1. Cucikan ayam bersih-bersih dan gaulkan ia dengan halia dan garam hingga rata. Kemudian gorenglan ayam ini hingga kekuningan.�

2. Tinggalkan sedikit minyak bekas menggoreng ayam ini lalu ditumis bahan-bahan(c) hingga berbau wangi. Masukkan lada merah dan gorenglah ia hingga kelihatan masak dan berminyak, tetapi jangan terlalu layu. Kemudian angkat lada ini dan ketepikan untuk dijadikan hiasan.�

3. Masukkan ayam, kicap, cuka, gula, lada putih, tomato puri dan bahan-bahan (a) kedalam tumisan tadi. Kacau rata-rata. Biarkan ia mendidih dan rasalah garamnya.�

4. Bila sudah masak, masukkan pula suhun. Ratakan supaya ia tidak bergumpal�

5. Hidangkan dengan menabur bahan (b) di atasnya dan hiaskan dengan lada merah yang digoreng tadi.

MOCHA ICE BLENDED


Resepi ini adalah original dari Coffee Bean & Tea Leaf
Bahan-bahan:
ice 2 cawan penuh (pastikan setiap cawan ber isi padu antara 300ml - 350 ml)
extract cokelat powder with sugar added 50 gram Extract ( air nescafe/kopi + susu skim )
pembahagiannya ialah setiap 2liter air kopi/nescafe dicampur 1 liter susu skim. Kalau di ikut kan kopi yang sepatutnya digunakan adalah jenis colombian - tapi nescafe menggunakan jenis rabusta so masih boleh digunakan lagi. Dan make sure nescafe itu pekat dan bukan cair ( dalam kater lain Kow Giler) 
Cara:
ok mula mula isikan ice kedalam cawan sampai penuh, pastikan yang ice tersebut kecil kecil supaya senang di blen. Kemudian isi sampai penuh. masukkan pula extract tadi kedalam cawan yang berisi ice sampai lebih kurang setengah inci dari mulut cawan. dan tuangkan kedalam blender kemudian masukan pula coklat powder dan di blend.
untuk memastikan ianya telah hancur adalah ice yang telah hancur itu akan naik keatas dan menolak ice yang di atas akan kebawah dan di blen seketika sebelum menutup suis nya.jangan terlalu lama kerana ice akan terlalu hancur dan cair (masa untuk blen antara 30-45 saat)
Cadangan hidangan:
Tuangkan kedalam cawan dan picitkan sedikit cream di permukaan cawan
Boleh juga ditambah kan 9 biji kopi dan ianya menjadi - Ultimate Ice Blended
Tambahan:
Ditambah 9 biji kopi dan 7 biji ceri menjadi - Black forest Ice Blended
Ditambah caramel tetapi cokelat powder ditukar ke vanilla powder menjadi - Ceramel Ice Blenden
Ditambah cinnamon (kayu manis) powder tetapi cokelat powder ditukar ke vanilla powder menjadi - Cinnamon Ice Blenden

Jika di tambah vanilla sahaja dan cokelat powder di keluarkan akan mejadi - vanilla ice blended
(hidangan utk 2 orang)

NASI BRIYANI GAM

Bahan-bahan (untuk Nasi) 1. 5 cawan* beras basmathi 2. 1 cawan ghee (minyak sapi) 3. 1 sudu teh buah pelaga 4. 1 inci kayu manis 5. 5 bunga lawang 6. 1 sudu teh jintan manis 7. setengah sudu teh koma koma (saffron) 8. 4 ulas bawang putih -hiris halus 9. 10 ulas bawang merah - hiris halus 10. 1 inci halia - hiris halus 11. 3 sudu makan rempah beriyani (pes) 12. segenggam gajus 13. segenggam raisins 14. 5 cawan air 15. garam secukup rasa 
(*cawan = cawan kopi) 
Cara-caranya 1. Pijarkan minyak sapi 2. Tumiskan bahan hiris beserta buah pelaga,kayu manis,bunga lawang dan jintan manis sampai berbau harum 3. Masukkan rempah beriyani dan biar sehingga naik bau 4. Seterusnya masukkan beras dan kacau rata 5. Masukkan air sehingga menutup paras beras dan kacau rata 6. Masukkan saffron, gula dan garam, kacau rata 7. Kecilkan api. Masak beras sehingga separa masak 

Bahan-bahan untuk lauk 1. 1 kilo daging batang pinang, potong anggaran 6x6x5 cm 2. 5 biji kentang (belah dua) 3. 8 biji telur rebus keras 4. setengah cawan ghee (minyak sapi) 5. 1 sudu teh buah pelaga 6. 1 inci kayu manis 7. 5 bunga lawang 8. 1 sudu teh jintan manis 9. 2 biji bawang besar (yang kuning), hiris 10. 5 ulas bawang putih - kisar 11. 10 ulas bawang merah - kisar 12. 1 inci halia - kisar 13. 6 sudu makan rempah beriyani (pes) 14. segenggam gajus 15. segenggam raisins 16. Air 17. Tairu (perahkan 2 biji limau nipis ke dalam 1 gelas susu dan biarkan 15 minit)/1 cawan yoghurt 18. garam secukup rasa 19. 1 atau 2 sudu makan tomato puri 
Cara 1. Pijarkan minyak sapi, tumiskan bawang besar, bahan kisar dan semua rempah campak (kulit kayu manis etc) hingga naik bau 2. Masukkan pes beriyani dan biar terbit minyak 3. Masukkan daging dan kentang dan air (1 inci atas paras daging & kentang). Didihkan. 4. Kecilkan api dan masak hingga daging empuk 5. Masukkan bahan bahan lain dan 2 cawan air lagi. Kacau rata. 
NOW THIS IS WHERE THE NAME "GAM" COMES IN 
Peralatan 1. Alat kukusan 2. Kain muslin, untuk mengalas kukusan 3. Kain kapas yang agak panjang (3 meter) 4. Kanji/perekat (masak tepung kanji) 
Cara 1. Masukkan lauk yang separa masuk kedalam periuk kukusan (tempat yang selalunya kita bubuh air) 2. Alaskan periuk mengukus dengan kain muslin (buat 3 layers) 3. Masukkan nasi yang separuh masak, gajus dan raisins (lihat bahan untuk nasi) 4. Tutupkan pengukus, Letak periuk mengukus atas periuk kukusan yang berisi lauk 5. Celupkan kain kapas dengan kanji 6. Lilitkan kain tersebut pada bahagian di antara periuk dengan pengukus. Pastikan iktannya agak kejap. No steam should be able to escape. 7. Letak atas api yang perlahan 8. Masak sehingga lebih kurang 1 jam 9. Buka lilitan dan buka tutup pengukus 10. Dengan menggunakan garpu, gemburkan nasi yang sepatutnya sudah masak by now. 11. Kalau nasi masih belum masak, ulangi proses kukusan. 
Untuk menghidang 1. Sendukkan 4 senduk nasi ke dalam pinggan hidang yang besar, ratakan 2. Letakkan 4 ketul daging, 4 ketul kentang dan 4 biji telur di atas nasi tersebut 3. Sendukkan 4 senduk nasi lagi untuk menutup lauk tersebut 4. Taburkan bawang goreng, daun saderi, daun bawang dan hati ayam yang telah digoreng garing dan dicincang. 5. Kuah beriyani tadi di hidangkan berasingan 6. Selain itu acar buah juga boleh dijadikan hidangan sampingan

AYAM BAKAR SANTAN BEREMPAH


Bahan-Bahan:
1 ½ kg ayam
5 batang serai (dikisar)
30 gm bawang merah (dikisar)
10 gm bawang putih (dikisar)
4 cm halia (dikisar)
5 biji buah keras (dikisar)
3 biji cili merah yang besar (dikisar) 4 biji limau kasturi (diperah jusnya)
50 gm santan pekat
4 cm kunyit hidup (dikisar)
1 helai daun pisang yang besar & panjang
10 gm gula
Garam secukup rasa
Serbuk perasa secukup rasa

Cara:
Ayam dibelah 2 kemudian dibersihkan & dikelar. Gaulkan dengan semua bahan yang telah dikisar halus juga jus limau kasturi, serbuk perasa, santan pekat & sedikit serbuk kari daging. Perapkan ayam selama 1 jam / lebih kerana semakin
lama diperap semakin sedap rasanya.

Cara Membungkus:
Lapis pertama letakkan kertas timah. Lapis kedua letakkan daun pisang. Lapis ketiga daun kunyit kemudian letakkan ayam & bungkus kemas-kemas. Bakar hingga masak dalam ketuhar selama 20-25 minit. Hidangkan ketika masih panas.

IKAN PANGGANG PERCIK


Bahan-bahan;

1 ekor ikan siakap dicuci bersih, dibuang perutnya dan dikelar-kelar.


Bahan-bahan Sambal Percik;

2 cm halia
10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 cm kunyit hidup
2 batang serai dimesin sampai lumat
3 helai daun limau purut
5 biji buah keras
4 biji cili padi
7 biji cili merah
3 cawan santan pekat (dari � biji kelapa yang diparut)
Jus dari sebiji limau nipis atau lebih
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menggoreng
Beberapa helai daun pisang
2 helai daun pandan
Sekeping kertas timah (Aluminum Foil)
2 biji cili merah untuk hiasan di atas ikan


Cara-caranya


  1. Panaskan minyak dan tumis rempah-rempah yang dimesin sampai wangi. Masukkan santan dan masak perlahan-lahan sampai ianya pekat. Masukkan garam, gula dan asam limau.
  2. Letakkan ikan yang beralaskan daun pisang & daun pandan diatas kertas timah dan sapukan kuah percik di rata-rata ikan. Bungkus rapat-rapat dan dibakar pada suhu 180�C selama 20 minit sampai masak.

PUDING ROTI SIMPLE

BAHAN-BAHAN... .

1 paket roti (5 ketul) 
1 kg susu
Gula secukup rasa 
1 camca besar mentega Secubit garam 
1 camca kecil esen vanila 
1 biji telur 

CARA... . 


Roti dicarik-carikkan kemudian rendam bersama susu, gula, mentega, garam dan esen vanila. Setelah roti agak lembut, masukkan ke dalam loyang dan kukus selama 3/4 jam. Setelah masak, angkat dan hidangkan.

Wet N Wild Chococlate Cake

bhn kek:-
1 buku buttercup(kalau takde guna 2 cawan planta yea)
2 cawan gula icing
2 cawan tepung kek(kalau takde guna tepung gandum pun boleh..tapi kena la tambah 1 camca teh soda bicarbonat)
1 cawan serbuk koko (van houten atau yg seangkatan dgnnyer la)  
1 camca teh soda bicarbonat( kowrang campurkan dlm tepung tadi yea)
5 biji telur ayam (kalau gred A guna 4 biji dah cukup tau)
1 1/2 cawan air..( ini tuk masak kan coklat tue)
1/2 cawan badam untuk hiasan... 

bhn icing:
1 sudu majerin@butter
3/4 cawan serbuk coklat
1/2 cawan susu pekat manis
1/2 cawan air
(semua bahan nie kowrang campurkan dan masak sampai dia pekat tp jangan sampai hangus lak)

k.. sekarang ialah camner nak buat kek tue... 
1.kena panaskan dulu oven tue..then masak dulu 1 cawan gula dengan 1 cawan serbuk koko ngan 1 1/2 air tadi. masak sampai pekat dan letak tepi dulu.
2. pukul 1 cawan lagi gula dengan buttercup sampai kembang. at least butter tu nampak putih laa.. kira ok la tue. 
3. masukkan telur satu persatu... ke dlm adunan gula dan buttercup td. pukul sampai nampak likat. 
4. masukkan tepung ke dlm adunan... masuk sikit demi sedikit yea.. 
5. last sekali baru la masukkan koko yang kowrang masak tadi. kacau perlahan... sampai sebati... then masukkan ke dalam loyang kek..
k.. camner nak bagi kek tak lekat kat loyang. cam nie.. kowrang sapukan sedikit majerin kat loyang... pas tu taburkan sikit tepung... kendian baru la kowrang masukkan adunan td... 
dah tuang.. masukkan adunan kedalam ketuhar.. bakar la.. selalunya dia ambil mase 40 minit.( pd suhu 170 darjah F.

KEK AISKRIM


BAHAN-BAHAN:
Bahan kulit:
80 gm hirisan badam
1 kotak kecil butter cookies
1 kotak kecil biskut oren
125 gm mentega
Strawberi secukupnya
Bahan inti:
Aiskrim perisa strawberi
Aiskrim perisa coklat
500 gm krim putar
CARA:
Panaskan ketuhar pada suhu 170 darjah Celcius. Bakar badam sehingga ranggup.
Hancurkan butter cookies, biskut oren dan badam. Masukkan mentega.
Tekan adunan pada bahagian bawah tin bakar.
Bakar selama 12 minit atau sehingga keemasan. Biarkan sejuk.
Kemudian ratakan aiskrim perasa strawberi pada bahagian luar di dalam tin bakar agar bahagian bawah berbentuk seperti kawah. Bekukan selama sejam.
Setelah keras, ratakan aiskrim coklat di bahagian tengah kek. Bekukan lagi selama sejam.
Hiaskan atas kek dengan strawberi, krim putar dan starwberi.

KEK BLACK FOREST SPECIAL


BAHAN-BAHAN:
250 gm mentega
1 sudu teh serbuk kopi
1 � cawan air suam
2 cawan gula kastor
2 sudu makan coklat cair
2 biji telur
1 cawan tepung gandum 1 � cawan tepung naik sendiri
� cawan serbuk koko
2 sudu teh srebuk vanila
250 gm chocolate rice
� liter krim susu segar
Buah ceri
CARA:
Siapkan loyang bulat dan sapukan permukaannya dengan mentega dan alaskan dengan kertas minyak.
Cairkan mentega di atas api kecil kemudian angkat dan ketepikan seketika.
Masukkan serbuk kopi, air suam, gula kastor dan coklat cair ke dalam cairan mentega dan panaskan sekali lagi pada api kecil hingga semua bahan cair. Kacau hingga semuanya mesra. Pastikan jangan sampai mendidih.
Pindahkan ke dalam bekas yang lebih besar dan sejukkan.
Masukkan telur kemudian putar hingga kembang.
Masukkan tepung gandum, tepung naik sendiri, serbuk koko, serbuk vanila dan putar hingga semua bahan mesra.
Bakar pada suhu 180 darjah Celcius selama 45 minit.
Hiaskan dengan krim segar dan chocolate rice.